Barak sedia bayar harga tinggi untuk Shalit.

Jumaat, 15/08/2008 –Menteri ‘perang’ Israel, Ehud Barak telah mengumumkan kesediaan untuk membayar harga yang tinggi bagi pembebasan Gilad Shalit yang kini dalam tahanan kumpulan pembebasan Palestin.

Radio Hebrew menyiarkan ucapan Barak malam Selasa lalu bahawa terdapat “perkembangan penting” terhadap isu Shalit, yang ditahan oleh kumpulan pembebasan Palestin di Gaza sejak lebih 2 tahun lalu.

3 bekas ketua keselamatan dalam negeri Israel telah menuntut pembebasan tahanan Palestin yang ditahan kerana membunuh Yahudi, sebagai ganti pembebasan Shalit.

Kenyataan mereka itu disiarkan oleh akhbar harian Ma’ariv Hebrew Isnin lalu sebagai berkata bahawa pembebasan Shalit lebih penting berbanding pembebasan tahanan lama Palestin.