Anak Yatim Palestin Mendapat Bantuan.

Selasa, 02/09/2008 –Dr. Mohamed Al-Adeel, Pengerusi Persatuan Kebajikan Yemeni untuk Aqsa, Ahad lalu menyebut sejumlah wang telah diserahkan oleh badan kebajikan itu kepada Palestin sejak awal tahun ini dengan jumlah $3,299, 635 dolar yang didermakan kepada anak-anak yatim, kem-kem pelarian dan projek-projek lain berkaitan pendidikan dan kesihatan.

Semasa ulang tahun ke-17 penubuhan badan kebajikan itu, Dr. Adeel memberitahu sidang media bahawa dana-dana yang disalurkan melalui Yaman telah didepositkan ke dalam akaun bank badan tersebut dan kemudian menyalurkannya ke dalam bank-bank Arab yang mempunyai cawangan di Palestin sambil menambah bank-bank ini secara bergilir-gilir memindahkan dana-dana untuk akaun-akaun -waris di Palestin.

Pengerusi badan itu mensasarkan anak anak-anak yatim Palestin mendapat bantuan kewangan bulanan mereka secara terus daripada bank-bank itu melalui bil khas yang dikeluarkan.