Rejim Zionis Paksa Tahanan Palestin Bunuh Diri ?

Jumaat, 05/09/2008 –
Tahanan The Liberated , Noura Al Hashlamon berkata pada khamis lepas bahawa warden penjara Israel telah cuba memaksanya membunuh diri sewaktu berada di bawah tahanan pentadbiran semenjak 2 tahun lepas.

Beliau berkata bahawa di Bandar Al Khalil, bahawa warden penjara Israel telah menjatuhkan sepihan kaca di dalam sel penjaranya sewaktu beliau melakukan mogok lapar dan bila beliau telah menyuruh warden tersebut mengambil kaca tersebut, mereka enggan.

Haslamom berkata bahawa beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mempunyai niat untuk membunuh diri dan beliau adalah seorang yang beriman dan mogok lapar itu bertujuan untuk membantah apa yang di katakana sebagai “Fail Rahsia” ke atas dirinya yang digunakan untuk menyambung tanahan terhadap beliau.

Suaminya juga di tahan di bawah tahanan yang sama semenjak 26 bulan lepas tanpa perbicaraan dan tuduhan menyebabkan tujuh anak mereka sekarang hidup tanpa ibu bapa.