Hamas: Perjanjian damai gagal capai matlamat.

Jumaat, 05/09/2008 –Pertubuhan Hamas membuat kenyataan Rabu lalu bahawa perjanjian damai yang diharapkan oleh rakyat Palestin untuk memecah kepungan dan menghentikan keganasan telah gagal mencapai matlamatnya, khususnya di dalam menghentikan kepungan.

Disamping itu, pertubuhan itu juga mengumumkan rancangannya untuk mengadakan pelbagai acara protes terhadap penutupan laluan Gaza.

Di dalam sidang akhbar yang diadakan di agensi berita Ramattan, jurucakap Hamas Ashraf Abu Daya telah menyeru tokoh-tokoh dan parti-parti politik arab untuk berpadu dan memainkan peranan mereka bersama rakyat Gaza.