Sheikh Hamed Al-Beitawi Cuba Di bunuh ?

Jumaat, 05/09/2008 –Pergerakan Hamas mengecam keras cubaan membunuh Sheikh Hamed Al-Beitawi, seorang penggubal undang-undang dan pegerusi persatuan sarjana Palestin yang berlaku di luar sebuah masjid di kampung Rujaib, daerah Nablus sambil menyatakan serangan ini mencabar garisan merah antara PA dan Hamas.

Dalam satu kenyataan yang diterima PIC, Hamas menyatakan serangan luar biasa ini telah dilakukan ketika pertukaran tahanan-tahanan antara pihak berkuasa Israel dan PA di Ramallah.

Hamas menuduh bahawa serangan itu menunjukkan PA telah ditolak dari segi moral dan kepentingan kebangsaan dan seruan mereka untuk dialog hanyalah satu pembohongan.