Salurkan wang ke Palestin.

Jumaat, 05/09/2008 –Dr. Mohamed Al-Madhoun, ketua biro kakitangan awam, merayu kepada Amir Qatar Sheikh Hamad Al Thani dan negara-negara penderma, yang memberi pembiayaan kepada Palestin untuk pembayaran gaji kakitangan awam, supaya membuat susulan kemana dana-dana tersebut diagihkan.

Dalam satu kenyataan diterima daripada PIC, Madhoun berkata dana-dana yang diberikan kepada Palestin tidak diagihkan secara sama rata. Beliau berharap agar satu jawatankuasa yang adil ditubuhkan untuk menyiasat ke mana dana-dana itu dialirkan terutama dana yang meliputi gaji sektor-sektor pendidikan dan kesihatan.