Pengepungan Gaza Langgar Hak Asasi.

Isnin, 08/09/2008 –Dr. Eyad Al-Sarraj, pengasas program kesihatan mental komuniti Gaza Sabtu lalu mengumumkan kempen rakyat Palestin bagi peringkat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan bercadang mengumpulkan sejuta tandatangan dari warga Gaza dan mengemukakannya dalam satu dokumen kepada PBB bagi menggesa agar dibuat keputusan segera supaya pengepungan yang zalim di Semenanjung Gaza dapat ditamatkan.

Menurut Sarraj, dokumen itu yang akan dihantar ke PBB semasa sesi biasa ditangguh, mengesahkan pengepungan Israel melanggar sistem hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta konvensyen Geneva ke-4 yang mewajibkan Israel melindungi orang awam semasa perang.

Dokumen itu juga menekankan kesan-kesan kemusnahkan dalam aspek kehidupan akibat pengepungan Israel yang sedang berlangsung di Gaza selain penduduk Palestin berhak untuk menentang pencerobohan, pengepungan dan perkauman.