Israel Mahu Menekan Hamas ?

Khamis, 11/09/2008 – Sebahagian anggota keselamatan Israel telah menyeru kerajaan penjajah Israel supaya menghentikan perjanjian damai dengan Gerakan Hamas di semenanjung Gaza dengan harapan tindakan itu akan menekan Hamas untuk membuka semula rundingan terhadap Gilad Shalit.

Akhbar yahudi Maariv selasa lalu melaporkan bahawa desakan daripada anggota-anggota keselamatan Israel untuk dihentikan sahaja perjanjian damai selama tiga bulan di semenanjung Gaza semakin bertambah, disamping beberapa mesyuarat tertutup juga telah diadakan untuk membincangkan kemungkinan untuk menggagalkan perjanjian damai itu.

Walaubagaimanapun akhbar itu merasakan bahawa keputusan yang sedemikian hanya akan dibuat pada fasa yang mendatang.