Seorang pemuda Palestin dijumpai mati di sebuah terowong di Rafah.

Jumaat, 12/09/2008 –Seorang pemuda Palestin bernama Hani Khalafallah, 22, telah dijumpai meninggal dunia setelah jatuh ke dalam satu terowong setinggi 15 meter yang masih dalam pembinaan dekat sempadan Egyptian-Palestinian di Rafah.

Sumber-sumber perubatan Palestin berkata bahawa Khalafallah telah meninggal dunia ketika sampai di rumah sakit Abu Yousif Al-Najjar dan jasadnya di bawa ke unit forensik untuk bedah siasat.