Khudari mengecam penutupan lintasan diulang.

Isnin, 15/09/2008 –MP Jamal Al-Khudari, Ketua Jawatankuasa Anti Pengepungan , telah mengecam rejim Zionis kerana penutupan lintasan perdagangan Gaza untuk sebab-sebab remeh-temeh

Khudari dalam satu kenyataan akhbar , menggambarkan keputusan Menteri Perang Israel, Ehud Barak untuk menutup lintasan pada hari Isnin merupakan satu keputusan yang mencabuli keperluan-keperluan warganegara dalam Gaza.

Rejim Zionis bertanggungjawab atas sebarang hasilnya akibat keputusan menutup lintasan sedia ada yang telah sebahagiannya bertentangan dengan keadaan gencatan senjata yang dipersetujui tiga bulan lepas.