Hamas : Livid dan Mofaz adalah sama. Pembunuh!

Jumaat, 19/09/2008 –Gerakan Hamas menyatakan bahawa tiada perbezaan antara menteri luar Israel, Tzipi Livni dan menteri pengangkutan, Shaul Mofaz yang bersaing untuk menjawat jawatan presiden parti Kadima. Beliau menyifatkan bahwa kumpulan penyokong Zionisme itu bersetuju untuk membunuh dan menggantikan penduduk Palestin, dan menjadikan “Negara yahudi”.

Mengulas mengenai pilihan raya Kadima Rabu nanti, Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas, menggariskan bahawa terdapat beberapa parameter yang dilakukan oleh semua pasukan jenayah di Israel, untuk mewujudkan negara Yahudi dan ingin memusnahkan penduduk Palestin,serta merampas tanah mereka.