Haneyya: Olmert akui kekalahan tentera Israel.

Jumaat, 19/09/2008 –Ismail Haneyya, Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat Rabu lalu mengatakan bahawa Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert mengakui kekalahan projek Zionis dan tentera ke atas Palestin apabila beliau mengatakan bahawa mimpi untuk menubuhkan Israel Raya telah musnah.

Di dalam satu majlis yang diadakan untuk menghargai para huffaz Quraz, haneyya menegaskan bahawa kenyataan Olmert menggambarkan kegagalan projek Zionis dalam menghadapi kekuatan rakyat Palestin dan pejuang-pejuang Palestin di saat mereka dihimpit kesukaran.
Sabtu lalu, di dalam mesyuarat mingguan kabinet, Perdana Menteri Israel mengatakan bahawa idea Israel Raya telah hilang dan sesiapa yang memikirkan sebaliknya hanyalah berangan-angan kosong sahaja.

Semasa lawatannya ke kampung pelajar-pelajar university Israel di Kibbutz Ashlim Rabu lalu, Olmert mengakui bahawa perbelanjaan Israel untuk membina penempatan-penempatan untuk 40 tahun adalah memeritkan kerana Tebing Barat tidak akan menjadi kawasannya. “

Israel membelanjakan seluruh sumber kewangannya ke atas Tebing Barat berpandukan idea bahawa Tebing barat akan menjadi sebahagian daripada Negara Israel, tetapi saya mengatakan bahawa kita menghabiskan duit kita untuk membina Tebing Barang di dalam kepahitan dan tidak akan mendapat manfaat langsung.” Kata Olmert.