10 Kanak-kanak Palestin keracunan makanan.

Isnin, 22/09/2008 –Institusi Mandela untuk hak asasi manusia dan tahanan politik melaporkan bahawa 10 kanak-kanak Palestin yang dikurung didalam penjara Telmond Israel telah menderita keracunan makanan selepas mereka disajikan dengan hidangan sardin.

Dalam laporan yang dikeluarkan selepas satu lawatan ke penjara tersebut, institut berkenaan berkata bahawa kes-kes keracunan terjadi di kalangan kanak-kanak di seksyen 14, dan menambah bahawa pihak pentadbir penjara telah memindahkan 15 daripada mereka ke klinik tempatan di mana 10 kanak-kanak tersebut mengalami keracunan makanan yang agak teruk

Dalam satu perkembangan yang lain, seorang banduan warga Palestin, Ra’ed Drabiya memberitahu peguam kelab banduan yang datang melawatnya bahawa doktor-doktor Israel dipenjara tersebut melayaninya seperti “bahan ujikaji”.