2 lagi mati : Mangsa pengepungan di Gaza meningkat kepada 249.

Selasa, 07/10/2008 –2 orang pemuda mati Isnin lalu kesan daripada halangan ke luar Negara untuk mendapatkan rawatan, menyebabkan jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat pengepungan di Gaza itu meningkat kepada 249 mangsa.

Kementerian kesihatan berkata dalam satu kenyataannya Isnin lalu bahawa Mahmoud al-Shaer,22 dari selatan bandar raya Gaza Strip Kan Younis meninggal dunia selepas dihalang dari mendapatkan rawatan di luar Negara akibat kecederaan yang dialaminya di tempat kerja.