Rejim Zionis Musnahkan Ladang.

Rabu, 08/10/2008 –Menteri pertanian Palestin, Dr. Mohammed Ramadan Al-Agha Selasa lalu menuduh pihak berkuasa Israel kerana memusnahkan pertanian di Palestin dengan tujuan untuk menggagalkan musim menuai pada tahun ini.

Beliau menyebut serangan berterusan askar-askar Israel dan para peneroka terhadap petani-petani Palestin, terutama di Tebing Barat termasuk Jordan Valley dan Baitulmuqaddis serta di kalangan bandar-bandar lain.

Pada sidang media yang diadakan mengenai Gaza, Agha menuduh askar-askar Israel membantu para peneroka dalam menghalang petani-petani Palestin dan menafikan mereka masuk ke ladang-ladang mereka.