Al-Qassam: Latihan ketenteraan Israel di sempadan Gaza berbaur jenayah.

Jumaat, 10/10/2008 –Qassam Brigades, pihak bersenjata puak Hamas, menyatakan bahawa latihan ketenteraan yang dijalankan oleh askar-askar rejim Zionis di sempadan Gaza mencerminkan yang Israel mempunyai tujuan yang agresif dan jenayah. Mereka memberi amaran kepada askar-askar rejim Zionis agar bertanggungjawab jika berlaku sebarang serangan di Semenanjung Gaza.

Abu Obeida, jurucakap Brigades tersebut, menggariskan tuduhan Israel yang latihan ini dilaksanakan untuk tujuan defensif adalah tidak munasabah kerana kegiatan tersebut berada di kawasan defensif, dan menambah bahawa latihan itu mengesahkan hak penentangan penduduk Palestin untuk bersedia ke peringkat seterusnya.