Bagaimana nasib Musa Arafat ?


Gaza, Rabu, 13/10/2004 – Satu letupan telah berlaku berhampiran dengan satu konvoi oleh ketua pasukan keselamatan Palestin di Jalur Gaza sejurus bertolak dari pejabat.


Sehingga sekarang masih tidak mendapat kepastian
sama ada Musa Afarat (military intelligence chief) cedera dalam letupan yang berlaku malam semalam (12/10/2004).

Araksi Waheed, saksi kejadian berkata, letupan amat dasyat yang di ikuti oleh bbrp tembakan.
Pihak hospital melaporkan tiada sebarang mayat dihantar setakat ini. Sehingga sekarang tiada yang mengaku bertanggungjawab terhadap letupan tersebut.

Pihak pengganas Israel menafikan akan hubungannya dengan letupan tersebut.
Perlantikan Musa Arafat(sepupu kepada Yasir Arafat) dalam kabinet pimpinan Yasir Arafat mendapat tentangan hebat semenjak beliau kembali pada tahun 1994.

Sementara itu hari ini telah masuk minggu ke-3, ‘pesta’ membunuh rakyat Palestin oleh pengganas Israel yang didokongi oleh Amerika. PBB yang
menjadi harapan untuk menggunakan kuasanya untuk menyekat kemaraan pengganas Israel dari Gaza terus mandul.

Saudara kita di kem pelarian Jabaliya seramai 104,000 orang bertarung nyawa dengan peluru gila pengganas Israel.

Angka kesyahidan (doa) rakyat Palestin adalah kira seramai 110 orang.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.