Kementerian Agama Kutuk Kebiadapan Israel Menghina Al-Quran.

Selasa, 04/11/2008 –Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di Gaza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menyerbu kem pelarian Aroub di utara bandar Al-Khalil.

Dalam satu kenyataan, kementerian berkenaan menegaskan sebarang tindakan provokasi dengan menggunakan Al-Quran merupakan satu tindakan jenayah kepada seluruh umat Islam di dunia dan mereka yang melakukan tindakan biadap itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera.

Kementerian berkenaan memohon kepada seluruh oraganisasi Islam dan mereka yang prihatin untuk bertanggungjawab menekan pihak Israel untuk menghentikan tindakan biadap itu.