Utusan Hamas Tiba di Kaherah Bincang Perubahan Draf .

Selasa, 04/11/2008 –Gerakan Hamas menyatakan bahawa wakil gerakan dari dalam dan luar Palestin telah sampai di kaherah hari ini, Isnin (03/11), untuk membahas perubahan draf yang diajukan kepada Mesir berkaitan dengan dialog nasional Palestin yang akan dimulakan pada 9 November nanti.

Jurucakap Hamas Dr. Sami Abu Zuhri, mengatakan, “Wakil Hamas sampai ke Kaherah hari ini untuk bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir Umar Sulaiman untuk membahaskan perubahan yang dilakukan oleh Hamas berkenaan draf kepada Mesir.”