Rafah Dibuka, Keadaan Terkawal.

Rabu, 05/11/2008 –Jurucakap Bahagian Perlintasan dan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri Palestin, Adil Za’rab menegaskan bahawa pihak autoriti Mesir telah membuka pintu keluar dan masuk Rafah, pagi Selasa (4/11), Ia membolehkan para pesakit dan mahasiswa dapat keluar masuk ke sempadan. Beliau menyatakan bahawa pembukaan gerbang ini akan berlangsung selama 3 hari.

Za’rab mengatakan, “Pihak Kementerian Dalam Negeri sedang melakukan tugasnya secara komited untuk memudahkan proses perjalanan para pesakit dan warga Palestin. Suasana keluar masuk berjalan secara teratur dan tenang sehingga saat ini.”