Hamas: Tiada perbezaan antara Obama dan McCain.

Rabu, 05/11/2008 –Gerakan Hamas berkata pada Selasa lalu bahawa tiada perbezaan di antara dua calon utama Presiden Amerika iaitu Barack Obama dan John McCain jika isu Palestin tidak di ambil peduli.

Fawzi Barhoum, seorang jurucakap Hamas di Gaza, berkata di dalam satu sidang akhbar bahawa kedua-dua Presiden tersebut mengesahkan sokongan mereka terhadap pendudukan Israel di bahagian kewangan, moral dan ketenteraan.

Beliau berkata bahawa dasar pentadbiran Amerika telah menyebabkan kemusnahan kepada penduduk Palestin dan menyebabkan pengepungan dikenakan terhadap mereka dan kerajaan mereka di Gaza. Beliau menyelar bahawa sokongan yang tidak terhad keatas dasar itu hanyalah untuk ” penghuni Zionis ” dan penubuhan satu “negeri bersifat perkauman” yang mana perbelanjaannya adalah hak Palestin hanya akan menyumbang kepada kehancuran Palestin.