Al-Qassam Serang Penempatan Israel dengan lebih 100 Peluru Berpandu.

Khamis, 06/11/2008 –
Batalion Izzudin Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas menyatakan telah menghujani penempatan dan tempat strategik Israel dengan 100 lebih peluru berpandu ketika tentera Israel menyerang wilayah tengah dan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Pihak Batalion Al-Qassam menegaskan, Rabu (4/11) bahawa pejuang Al-Qassam yang syahid adalah Mazen Nadlmi Abbas Sa’dah (32) dari Maghazi, Mahmod Thaha Abdur Rahman Baulsyah (21), Wajid Nidlam Hamzah Maharib (19), Muhammad Abdullah Muhammad Iwadl (26) Umar Salim Hidlr Ilmi (20), Umar Salim Darwisy Shalihiah (21).