Haniyah Minta Abbas Bebaskan Segera Tahanan Politik.

Sabtu, 08/11/08 –
PM Palestin, Ismail Haniyah meminta Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk mengambil keputusan segera membebaskan semua tahanan politik dan pemimpin gerakan Hamas di Tebing Barat, sebelum bermula dialog Palestin pada 10 November ini. Beliau melihat isu tahanan ini sebagai penghalang kepada kejayaan dialog.

Perkara tersebut disampaikan Haniyah kepada para wartawan ketika berkunjung ke hospital al-Syaifa di Gaza, Khamis (06/11). Beliau mengatakan, “Kejayaan dialog antara fraksi bergantung dengan isu penangkapan dan penahanan politik di Tebing Barat.” Beliau menjelaskan tindakan yang dilakukan bahagian keamanan di Tebing Barat menjejaskan dialog nasional dan tindakan penangkapan ini harus dihentikan sebelum dialog.