Hamas menafikan laporan mengenai niatnya untuk memboikot sesi dialog.

Sabtu, 08/11/08
Gerakan Hamas menyatakan Khamis lalu bahawa telah tiba masanya untuk menyertai dialog nasional di Kaherah selepas menghapuskan kebanyakan halangan sepanjang pertemuan terakhir dengan kepimpinan Mesir, lalu menafikan laporan berita mengenai niatnya untuk memboikot sesi dialog tersebut.

Dalam satu kenyataan eksklusif untuk PIC, Fawzi Barhoum, seorang jurucakap Hamas, menyatakan bahawa pertemuan terakhir dengan pihak Mesir adalah positif dan banyak soalan telah terjawab, tetapi masih ada isu-isu penting yang mesti ditamatkan sebelum memulakan dialog tersebut iaitu pembebasan semua banduan Hamas dari penjara Palestin.