Pembunuh hanya dihukum penjara setahun ?

Isnin, 10/11/2008 –Mahkamah Pusat Israel di Tel Aviv telah memutuskan bahawa seorang pegawai polis Israel, Tomer Avraha, yang telah membunuh seorang pekerja Palestin di Jaffa, hanya akan dipenjarakan selama setahun.

Pada Oktober 2006, seorang pegawai telah menembak seorang pekerja Palestin yang dikenal pasti sebagai Eyad Abu Raeyya, dari kampung Tarqoumia, berdekatan Tebing Barat bandar Hebron. Serangan berlaku ketika Abu Raeyya sedang bekerja di Jaffa. Dalam Januari 2006, pegawai tersebut telah disabitkan “pembunuhan secara tidak sengaja”.

Insiden itu berlaku apabila satu unit polis Israel mengepung sebuah bangunan yang sedang dibina di Jaffa. Tiga orang warga Palestin tidak berdokumen bekerja di situ, dan polis datang menahan ketiga-tiga mereka lalu membawa mereka ke sebuah bilik di dalam bangunan tersebut.

Anggota polis kemudiannya menyerang dengan kasar, memukul dan menyepak pekerja-pekerja tersebut dalam keadaan tangan mereka diikat.