Haniyah: Israel Bertanggungjawab Terhadap Kesan Buruk Penutupan Pintu Masuk.

Rabu, 12/11/2008 – Pemerintah Palestin pimpinan PM Ismail Haniyah menyatakan penjajah Israel bertanggungjawab penuh ke atas kesan penutupan pintu masuk yang sudah memasuki hari keenam yang memberi Kesan buruk terhadap politik, sosial dan kemanusiaan.

Melalui jurucakapnya, Thaher Nunu, Haniyah mengingatkan tentang kekurangan bahan bakar di Semenanjung Gaza, termasuk penghentian jana elektrik hari ini, bererti Semenanjung Gaza akan mengalami kekurangan sumber tenaga sehingga 50%.

Beliau menyatakan bahawa wilayah Khan Yunis sudah terputus aliran elektrik sejak hari Ahad lalu kerana pihak Israel tidak mahu memperbaiki kerosakan yang berlaku di pencawang utama yang menyalurkan aliran elektrik ke Khan Yunis.