Jawatankuasa Diraja Jordan Beri Amaran kepada Israel Isu Pembinaan Terowong.

Rabu, 12/11/2008 –Jawatankuasa Diraja Jordan yang bertanggungjawab ke atas urusan Jerusalem memberi amaran kepada Israel atas rancangan mereka membuka 2 terowong di bawah masjid Al-Aqsa.

Setiausaha Agung jawatankuasa tersebut Abdullah Kanan berkata dalam satu sidang media bahawa percubaan berterusan tentera Israel membuka terowong merupakan satu provokasi dan usaha untuk menyahudikan kawasan Al-Aqsa dengan beranggapan sokongan kuat Amerika akan dapat meredakan kemarahan negara Arab untuk menerima usaha mereka itu.

Abdullah mengecam sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang mencabar masyarakat antarabangsa dengan melanggari perjanjian antarabangsa.

Keamanan dan kestabilan tidak akan berkekalan sekiranya usaha memcemar kesucian Al-Aqsa terus dijalankan oleh tentera Israel dan keamanan yang akan dapat dikecapi apabila Jerusalem dikembalikan kepada pemilik asal dan dijadikan ibu negara Palestin. Beliau menggesa umat Islam memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan kedaulatan masjid Al-Aqsa. Jordan menjaga tanah wakaf Jerusalem sejak 1952 dan mempunyai 750 pekerja untuk tujuan tersebut.