Agha memberi amaran kepada sekatan bahan api dan baja ke atas Gaza.

Khamis, 13/11/2008 –Menteri pertanian, Dr. Ismail Al-Agha, pada Rabu lalu memberi amaran kepada Israel bahawa sekatan yang berterusan ke atas bekalan bahan api dan kemasukan baja, foder dan vaksin ke Semenanjung Gaza adalah mengancam pertanian dan perladangan sektor haiwan.

Beliau memberitahu media yang nyawa beribu-ribu ternakan adalah terancam disebabkan oleh kekurangan foder, dan menyatakan bahawa Semenanjung Gaza kini kehabisan foder dan baja yang amat penting untuk sektor pertanian.

Agha juga memberi amaran, bahawa sekatan ke atas kemasukan vaksin akan mendorong kepada merebaknya penyakit di kalangan manusia dan binatang