4 Pejuang Palestin syahid semalam.

Khamis, 13/11/2008 –
Empat pejuang Palestin yang bergabung dalam Briged Al-Qassam, sayap bersenjata Hamas telah terbunuh sewaktu konfrontasi dengan askar-askar rejim Zionis disokong oleh tentera udara yang menyerang timur bandar Qarara di Khan Younis petang Rabu lalu.

Wartawan PIC berkata pesawat perang Israel melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu dari udara ke sekumpulan pejuang Al-Qassam selain menawan pejuanng yang menyerang askar-rejim Zionis di kawasan pertempuran itu.

Wartawan itu juga menambah pesawat perang Israel juga melepaskan dua peluru berpandu ke sekolah Ma’arri di Qarara sementara sebuah kereta kebal Israel menyerang rumah-rumah di timur bandar itu namun tiada apa-apa kecederaan dilaporkan.