Gaza Akan Bergelap Lagi ?

Jumaat, 14/11/2008 –
Komiti Popular menentang penaklukan, diketuai oleh penggubal undang-undang Jamal El Khodary menyatakan bahawa kesemua kuasa generator di penjana kuasa Gaza telah terhenti operasinya kerana kekurangan minyak di akibatkan oleh sekatan dari minyak memasuki Gaza sejak 10 hari lalu.

Pada petang khamis lepas kira-kira pukul 6.30 petang, ahli komiti membuyikan seren di beberapa tempat di semenanjung Gaza bagi memberitahu bahawa penjanakuasa tersebut sudah tidak lagi berfungsi.

Al Khodary menyatakan dalam kenyataan akharnya bahawa semenjak penjana kuasa elektrik tersebut tidak berfungsi, hospital dan pusat rawatan tidak akan dapat berfungsi. Servis yang lain termasuk air minuman dari telaga juga turut tidak berfungsi.