Operasi agih makanan akan terhenti di Gaza ?

Jumaat, 14/11/2008 –UNRWA memberi amaran operasi pengagihan makanan akan berhenti Khamis ini sekiranya Israel berterusan menutup lintasan perdagangan Gaza melainkan bekalan makanan dibenarkan masuk tanpa tertangguh.

Penasihat media UNRWA, Adnan Abu Hasna berkata agensi itu sangat kesal untuk menghentikan agihan makanan bagi lebih 750,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada hari terakhir hari ini jika mereka tidak mendapat keperluan penghantaran gandum, daging lunceon, susu tepung dan minyak masak.

Abu Hasna menyatakan UNRWA sentiasa aktif dalam berhubungan dengan pihak berkuasa Israel untuk membuka lintasan dan membenarkan masuk penghantaran makanan.

One Comment

Comments are closed.