Israel benarkan hanya benarkan 30 buah trak UN masuk Gaza.

Rabu, 19/11/2008 –Pihak berkuasa Israel telah membenarkan sebanyak 30 buah lori UN yang sarat dengan makanan dan perubatan untuk memasuki Semenanjung Gaza. Meskipun begitu, Gaza masih kekal dikuasai dan segala perniagaan yang melepasi sempadan masih tidak dibenarkan atas arahan Menteri Pertahanan, Ehud Barak. Sebelum ini, Israel melarang lori bantuan UN untuk memasuki Gaza atas alasan keselematan.

Dr. Moawia Hassanen, Ketua Unit Kecemasan Kerajaan Palestin di wilayah Gaza, menyatakan jumlah kematian pesakit meningkat akibat kekurangan dan sekatan bantuan perubatan. Beliau turut menambah hampir 400 pesakit kronik yang memerlukan rawatan di luar Gaza tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan yang sepatutnya. Dr. Hassanen turut menambah seorang bayi mati akibat masalah yang sama.