Israel: Mesir Tempatkan 400 polis di Rafah.

Rabu, 26/11/2008 –Media Israel semalam menyebutkan, pihak kerajaan Mesir telah menempatkan ratusan anggota polis di pintu masuk sempadan Rafah. Ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kerajaan Mesir menghalang aktiviti keluar masuk melalui Rafah. Dalam pada itu, seorang wakil keamanan Amerika telah melakukan lawatan secara senyap di sempadan Mesir dan Semenanjung Gaza. Lawatan itu turut mendapat bantuan kerajaan Mesir.

Sebelum daripada itu, Pengarah Operasi Badan Bantuan PBB untuk pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East) di Gaza, John Ging kembali menegaskan seruannya kepada pihak Zionis Israel untuk membuka sempadan Semenanjung Gaza. Dia juga menyerukan kepada negara-negara Arab dan Barat untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk Semenanjung Gaza yang dikepung.

Ging menambah, “Semua bahan makanan mengalami kekurangan. Sebanyak 70% kawasan Semenanjung Gaza hidup tanpa bekalan lektrik. Ditambah lagi keadaan buruk pada air minum dan penyaluran air terhenti, serta keadaan hospital.”

Kebanyakkan hospital di Semenanjung Gaza terpaksa menggunakan lilin untuk akibat bekalan letrik yang putus.