Biografi Dr. Abdul Aziz Ar-Ranteesi


Beliau adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz el Ranteesi, dilahirkan pada tanggal 23 Oktober 1947 di desa Yabna, antara Asqolan dan Yafa.
Keluarganya berpindah ke Semenanjung Gaza dan menetap di Kem Pemindahan Khan Yunis setelah terjadi perang (nakbah) 1948. Ketika itu usia beliau baru berusia 6 bulan


Terdiri daripada 11 adik beradik. 9 lelaki dan 2 perempuan.

Mendapat pendidikan awal di bangku sekolah pada usia 6 tahun. Keadaan ekonomi yang sukar pada ketika itu turut memaksa beliau bekerja bagi membantu mengurangkan beban keluarganya walaupun dalam usia yang begitu muda.

Merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran di alam persekolahannya sehingga tahun 1965. Kemudiannya berhijrah ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di Universiti Iskandariah.

Menamatkan pengajian kedoktorannya di peringkat awal pada 1972 dan kembali ke Semenanjung Gaza. Setelah 2 tahun di Semenanjung Gaza, beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pengajian kedoktorannya di peringkat Master.

Kembali ke Semenanjung Gaza setelah tamat pengajian pada tahun 1976 dan bekerja sebagai doktor di Hospital Nashir di Khan Yunus.

Berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak (2 putera dan 4 puteri).

Turut terlibat dalam beberapa kegiatan kemasyarakatan seperti anggota Dewan Majma? Islamy dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Bekerja di Universit Islam di kota Gaza sejak pembukaannya pada tahun 1978 sebagai pensyarah dalam berbagai bidang akademik.

Pada tahun 1983, Ranteesi ditangkap kerana enggan membayar pajak kepada rejim Imperialis Israel. Pada 15 November 1988 beliau ditahan selama 21 hari.

Beliau bersama aktivis Harakah Islamiah mendirikan organisasi Gerakan Perlawanan Islam Hamas di Genting Gaza pada tahun 1987.

Pada 4 Mei 1988 militer Israel kembali menangkap beliau dan kemudian dipenjarakan selama dua setengah tahun atas dakwaaan terlibat dalam kegiatan menentang Zionis.

Pada 4 September 1990 beliau dibebaskan tetapi kembali ditahan pada 14 Disember tahun yang sama dan dipenjarakan pula selama setahun.

Pada 17 Disember 1992 beliau menyertai 400 aktivis Hamas dan Jihad Islam ke Lebanon Selatan. Akhirnya beliau pun tampil sebagai juru bicara rasmi untuk para deportan yang bertahan di Kem Pemindahan el Audah di wilayah Murjuz Zuhur untuk menuntut pihak rejim Imperialis Israel mengembalikan hak mereka dan mebantah kependudukan pihak rejim Imperialis Israel.

Setelah pulang dari Murjuz Zuhur, beliau kembali ditangkap oleh pihak rejim Imperialis Israel. Kemudian Mahkamah Militer Imperialis Israel mengeluarkan keputusan penjara kepada beliau, dan akhirnya beliau terus merengkok di dalam penjara Imperialis Israel hingga pertengahan tahun 1997.

Pemimpin karismatik Hamas yang sekian lama diburu Israel ini akhirnya gugur syahid pada Sabtu petang (17/04/2004) bersama tiga orang lainnya di jalan Jala, Gifafi, utara Jalur Gaza dalam sebuah serangan udara Israel yang menghentam kereta yang mereka naiki.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.