Hotel Hilton diminta bayar gantirugi kepada keluarga warga Zionis


Tel Aviv, Rabu,13/10/2004 – Tel Aviv meminta rangkaian Hotel Hilton di seluruh dunia untuk membayar pampasan kepada keluarga warga Zionis yang terbunuh dan tercedera di dalam serangan bom ke atas Hotel Hilton di Taba, Semenanjung Sinai, Mesir.


Menurut akhbar Heerzt berbahasa Ibrani, mereka (Tel Aviv) mendakwa pihak keselamatan hotel gagal di dalam memastikan keselamatan pelanggan-pelanggan mereka sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Pendakwaraya Zionis, Moshe Zingel semalam telah memfailkan dakwaan tersebut di Tel Aviv dan telah menghantarkan notis pendakwaan tersebut kepada pihak pengurusan hotel Hilton. Moshe menggugut akan meneruskan pendakwaan dan mengenakan tindakan undang-undang yang berat ke atas pihak hotel tersebut jika pihak hotel gagal memberikan respon mereka dengan segera.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan pihak yang bertanggung jawab di atas kejadian tersebut. Pihak perisikan AS menundingkan jari mereka ke arah rangkaian al-Qaedah, manakal Tel Aviv hanya berdiam diri. Tel Aviv langsung tidak langsung menundingkan jari mereka ke arah kumpulan-kumpulan pejuang Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.