Pelampau Yahudi Serang Penduduk Palestin al-Khalil.

Rabu, 03/12/2008 – Beratus pelampau Yahudi menyerang rumah penduduk Palestin di selatan Tebing Barat bandar al-Khalil menyebabkan kecederaan kepada lebih 35 orang yang kebanyakkannya adalah kanak-kanak termasuk 3 wartawan.

Seorang penduduk memberitahu bahawa mereka sering diserang oleh puak pelampau Yahudi supaya mereka meninggalkan rumah mereka tetapi mereka tetap tidak akan berganjak walaupun nyawa mereka menjadi pertaruhan. Kemuncak serangan ini berlaku selepas sebuah mahkamah memutuskan untuk mengleuarkan penduduk haram Yahudi dalam sebuah bangunan di al-Khalil dimana pelampau Yahudi mendakwa mereka telah membeli bangunan tersebut.