Dua Orang Remaja Palestin Syahid

Rabu, 03/12/2008 –Dua orang remaja Palestin menjadi syahid selepas terkena bedilan udara tentera Israel berdekatan lapangan terbang Gaza timur bandar Rafah selatan Gaza.

Mayat Ramzi, 15, dan Khaled Al-Duhaini, 17, berkecai setelah terkena bedilan bom tersebut dan dilaporkan beberapa orang tercedera. Susulan daripada serangan itu beberapa buah bulldozer menuju ke tanah Palestin dan merosakkan harta benda awam Palestin.

Briged Qassam melaporkan telah menembak 8 bom mortar terhadap kemaraan tentera Israel.