Hamas Tuntut akhbar al Ahram Mesir Minta Maaf .

Khamis, 04/12/2008 –Gerakan Pejuang Islam, Hamas meminta akhbar Mesir, al Ahram meminta maaf terhadap pencemaran nama baik yang disengajakan. Perkara ini berkenaan dengan artikel akhbar harian ini yang diterbitkan Rabu (03/12) dengan tajuk “Wajah Sebenar Hamas”

Dalam pernyataannya Hamas meminta pemerintah Mesir menghentikan apa yang disebut gerakan Hamas sebagai “Sumpah Serapah dan Kebohongan Gaya Zionis” yang menggunakan demokrasi Mesir untuk mencemarkan pihak-pihak Arab yang terhormat.

Hamas menegaskan hubungan baik dengan semua negara Arab dan tidak terlibat dalam urusan dalaman mana-mana negara. Dalam waktu yang sama “Hamas menolak sebarang gangguan dalam urusan dalaman Palestin secara negatif dan memihak yang menambah perpecahan di dalam barisan Palestin.”