Dr Azis Dwaik akan dilantik sebagai Presiden PA ?

Isnin , 15/12/2008 –Hamas memperbaharui kenyataan mereka pada ahad lepas bahawa Dr Azis Dwaik, speaker majlis Perundangan Palestin akan di umumkan menjadi Presiden Pemerintahan Palestin (PA) pada 9 Januari.

Dr Salah Al Bardawil, jurucakap Hamas di Palimen memberitahu TV Satelit Al Quds bahawa menurut undang-undang Palestin, Dwaik akan di umumkan menjadi Presiden pada 2 Januari selama 60 hari yang mana persediaan sepatutnya di buat bagi memperbaharui pemilihan Presiden baru.

Ketua Hamas memberikan nasihat kepada Menteri luar Negara Arab selepas pertemuan bulan lepas yang mencadangkan agar mengekalkan Mahmoud Abas di jawatannya sekarang .Undang-undang asas adalah satu-satunya mekanisma yang boleh menentukan siapa Presiden PA menurut Bardawil dan menyatakan bahawa keputusan Menteri luar arab adalah cadangan dan bukannya undang-undang.