Helikopter Apache Rejim Zionis menyerang Brigade Qassam.

Rabu , 17/12/2008 –Tiga Warga Palestin termasuk dua wanita dan seorang anggota Briged Quds, sayap bersenjata Gerakan Jihad Islam telah cedera pada petang Selasa lalu apabila sebuah helikopter tentera Israel melepaskan dua roket di utara Gaza.

Sumber perubatan memberitahu wartawan PIC bahawa helikopter Apache Israel itu melepaskan sebuah peluru berpandu dan kembali beberapa minit kemudian dan menyerang semula.

Angkatan tentera Israel mendakwa pasukan itu mensasarkan sekumpulan pejuang-pejuang Briged Quds dan tapak pelancar roket.