Jumlah mangsa kepungan di Gaza cecah 271.

Rabu , 17/12/2008 – Mohammed Saad, 40, akhirnya meninggal dunia lewat petang Isnin lalu setelah lama bertarung dengan kanser dan setelah kerajaan perceroboh Israel menghalangnya daripada mendapat rawatan di luar negara menurut sebuah sumber perubatan Palestin.

Pengarah ambulan dan kecemasan Palestin, Muawiya Hasanein di dalam sebuah sidang akhbar berkata jumlah mangsa akibat kepungan kerajaan penceroboh Israel (IOA) telah meingkat ke angka 271.

Beliau juga memberi amaran bahawa lebih banyak lagi jumlah mangsa yang akan disaksikan di dalam hari-hari mendatang terutamanya pesakit kanser kerana kementeriannya telah kehabisan ubat-ubatan kanser.