Hamas: Perbicaraan Duwaik, Palestin dan demokrasi.

Rabu , 17/12/2008 –Hamas menegaskan perbicaraan ke atas tokoh perundangan Dr. Aziz Duwaik merupakan penafian demokrasi dan hak-hak terhadap pilihan rakyat Palestin dan seluruh dunia amnya. Dalam satu kenyataan, Hamas menyatakan perbicarran terhadap Dr. Duwaik membuktikan keangkuhan Israel-Zionis bagi menghancurkan segala kesepakatan dan konvensyen antarabangsa. Di samping itu, perbicaraan itu juga merupakan penafian hak minimum setiap rakyat Palestin.

Menurut Hamas, perbicaraan itu adalah akibat Mamod Abbas yang melanggar undang-undang Palestin dan mencemarkan demokrasi yang telah ada di Palestin. Tidak cukup dengan tindakan tidak bermoral Abbas itu, beliau turut meneruskan rancangan keamanan bersama Zionis-Israel. Meskipun demikian, Hamas tetap teguh dalam memperjuangkan hak-haknya menghadapi konspirasi ini. Hamas akan terus memperjuangkan hak-hak masyarakat Palestin.