Abu Zuhri: Pakatan cuba ganggu kekuatan Palestin.

Khamis , 18/12/2008 –Hamas mengecam keputusan pakatan yang menyeru agar rundingan Israel-Palestin dilanjutkan. Hamas beranggapan usaha ini akan hanya mengurangkan kekuatan rakyat Palestin.


Wakil Hamas Dr Sami Abu Zuhri menegaskan usaha melanjutkan tempoh rundingan hanya membiarkan rakyat Palestin di awang-awangan kerana setakat tidak ada yang menjadi realiti hasil rundingan itu. Melanjutkan apa yang disebut “Proses Damai” itu hanyalah mengaburi kegagalan Annapolis yang mencadangkan deklarasi negara Palestin akhir tahun ini. Ini juga menunjukkan kegagalan komitmen Presiden Bush terhadap deklarasi negara Palestin.

Abu Zuhri menegaskan kerajaan Palestin pimpinan Mahmod Abbas agar tidak lagi bersekongkol dalam sebarang rundingan yang tidak memberikan manfaat kepada rakyat Palestin. Sebaliknya Abbas digesa agar menumpukan usaha menguatkan kesatuan dalaman negara Palestin itu sendiri.