Hamas nafi berdamai dengan Israel.

Jumaat , 19/12/2008 –Pergerakan Hamas pada Khamis lalu menafikan hubungan antara ketua perisik Mesir, Omar Suleiman dan kumpulan penentang Palestin dalam berdamai dengan Israel, sambil mengatakan ia tidak akan menerima mana-mana perdamaian baru bagi kembali seperti sediakala.

MP Hamas, Mushir Al Masri dalam satu kenyataan akhbar berkata pihak berkuasa Israel bertanggungjawab atas kegagalan perjanjian damai, sambil menambah hari Khamis ini adalah hari terakhir perjanjian damai dan tidak ada niat untuk ia diteruskan.

“Kita tidak menerima pengantaraan dalam satu perjanjian damai bebas yang memberi manfaat semata-mata bagi pihak musuh,” katanya, sambil menyatakan IOA tidak mematuhi artikel dalam perjanjian damai tersebut.