Brigade al-Qassam sudah sedia.

Jumaat , 19/12/2008 –Seluruh Brigade al-Qassam sudah bersedia menghadapi sebarang serangan Zionis-Israel apabila tempoh genjatan senjata yang akan tamat Jumaat(19/12/2008). Sepanjang tempoh genjatan, Zionis-Israel langsung tidak menunjukkan minat dan komitmen untuk mematuhi aturan yang telah dipersetujui. Wakil Brigade al-Qassam Abu Ubaidah, menyatakan mereka bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan dilancarkan oleh Zionis-Israel. Menurut Abu Ubaidah lagi, serangan balas al-Qassan akan lebih hebat.

Dalam pada itu beberapa kumpulan jihad yang sudah bersedia untuk bersama dalam memerangi Zionis-Israel. Antaranya, Brigade Nasher Shalahuddin dan Brigade Syahid al-Quds. Menurut pemimpin tertinggi Brigade Nasher, genjatan senjata ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kerana Zionis-Israel sering melanggar apa yang telah dipersetujui.