Rejim Zionis menyerang Universiti Islam Gaza.

Isnin,29/12/2008 –
Tentera rejim Zionis terus menerus menyerang
Jalur Gaza dengan mengebom Universiti Islam Gaza
di bandar Gaza pada sebelah malam.

Kamaleen Shaath, Ketua Universiti Gaza berkata tentera rejim Zionis tidak ragu-ragu mengebom mana-mana tempat termasuk masjid , hospital
dan tempat2 awam yang lain.

Dalam satu temubual menerusi telefon antara al Jazeera dan pensyarah universiti Gaza, Waleed al Mudallal, pihak universiti akan mengadakan 3 hari berkabung tanda protes terhadap serangan ganas rejim Zionis.