Mesir halang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Isnin,29/12/2008 –Pihak berkuasa Mesir melarang sebuah pesawat Libya yang membawa bantuan ke Gaza daripada melakukan pendaratan di Al Arish Airport di Mesir’

Hannibal Al Gaddafi, anak lelaki Presiden Libya, Moammar Al Gaddafi, berkata dalam satu temubual telefon dengan al Jazeera yang berpusat di Qatar, Mesir bekerjasama dengan Israel dalam melakukan pengepungan di Gaza kerana bertindak melarang sebarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke sana melalui sempadannya.

Hannibal menambah, Libya akan terus menghantar lebih banyak kapal bantuan ke Gaza walaupun ia akan bertukar menjadi ‘misi maut’ kerana berkemungkinan di bom rejim Zionis.