Gempar ! Gilad Shalit cedera dibom rejim Zionis sendiri !

Selasa ,30/12/2008 –Radio tentera Israel melaporkan pada hari Isnin , tentera rejim Zionis yang ditangkap Hamas, Gilad Shalit, telah cedera dalam satu daripada serangan udara Israel itu yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Pun begitu , Israel masih menyalahkan Hamas ke atas nasib Shalit.

Akhbar Haaretz, melaporkan , satu sumber Hamas yang sah dalam satu temubual melalui sebuah televisyen Mesir melaporkan Shalit telah cedera dalam satu daripada serangan udara Israel di Gaza. Keadaan beliau masih belum diketahui.

Pihak rejim Zionis masih was2 mengenai laporan itu dan berkata bahawa Shalit mungkin hanya tercedera, dan ia hanya peperangan psikologi oleh Hamas.