Bot “Dignity” akan bertolak dari Cyprus ke Gaza petang ini.

Selasa ,30/12/2008 –Kempen antarabangsa Palestin bagi membatalkan kepungan di Gaza pada hari Isnin lalu berkata bot “Dignity” akan belayar dari Cyprus ke Gaza petang ini dengan membawa para doktor dan bekalan perubatan.

Gerakan Pembebasan Gaza yang menganjurkan pelayaran bot laut itu ke Gaza akan menghantar para aktivis hak asasi manusia bersama dengan tiga tan ubat dan peralatan perubatan yang diderma oleh rakyat Cyprus. Para doktor yang tiba itu akan segera mengetuai hospital-hospital Gaza bagi membantu dalam merawat mangsa yang cedera ketika serangan udara tentera Israel, kata jurucakap kempen itu.