Terkini : Kubu Hamas musnah dalam serangan udara terbaru pagi tadi.

Rabu ,31/12/2008 –Beberapa kapal terbang rejim Zionis telah melancarkan beberapa serangan udara di semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah mencederakan 3 rakyat Palestin termasuk seorang cedera parah.


Beberapa saksi telah memberitahu bahawa serangan berlaku awal pagi di mana telah memusnahkan stesyen polis pihak Hamas dan beberapa bangunan lain. Serangan tersebut juga telah memusnakan bengkel-bengkel di tengah pekan Gaza termasuk kubu-kubu Hamas di utara Beit Lahiya. Kubu Hamas berdekatan Beit Hanoun juga turut musnah.

Serangan susulan udara tersebut berlaku selepas rejim Zionis memusnahkan kubu ke tiga Hamas di Selatan Semenanjung Gaza